Friday, 26 October 2012

Lubuk Yu Di Maran


Enam penduduk maut terbabit mencari mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas di Hutan Lipur, Lubuk Yu di Maran, Pahang maut. Tujuh lagi sedang tenat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kata ia berpunca daripada jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah).

Namun, penduduk kampung pula mendakwa mereka melihat lembaga.

Mereka juga berkata, Lubuk Yu lubuk berpuaka dan sebahagian besar penduduk kampung memang menjauhkan diri daripada kawasan itu.

Mereka yang meninggal dunia dikenali sebagai Azizam Abdullah, 58, Timothy Hoo Seng Heng, 29, Lim Sin Lai, 55, Mohd Ali Abdullah, 60, Zakaria Ayub, 52, dan Zainal Abidin Ismail, 56.

Mangsa yang lemas, Mohd Azhar Azizam, 28, ditemui pada 30 Jun lepas.

Kesemua yang menjadi mangsa merupakan sebahagian daripada 83 anggota dan penduduk kampung yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat yang bermula 26 Jun hingga 30 Jun lalu.

Tiong Lai menasihatkan orang ramai tidak panik kerana bakteria itu tidak berjangkit.

Sains mengatakan ia kencing tikus, tetapi kepercayaan penduduk adalah amat berbeza sekali.

Mana yang menjadi kepercayaan anda pula?

No comments:

Post a Comment