Friday, 26 October 2012

Lorong Puaka Taman Selasih

Kisah Seram Benar :: Lorong Puaka di Taman Selasih, Kulim 

 Pejuang Islam


Taman Selasih, Daerah Kulim, Kedah darul Aman - Tiada siapa yang menyangka bahawa kebanyakan kawasan taman perumahan di sini adalah merupakan hutan 'tempat jin bertendang' dan menjadi tempat persembunyian komunis.

Bagi penduduk asal di sini yang berusia 60 hingga 70 tahun, mereka tidak menafikan bahawa sekitar tahun 40-an, banyak 'benda' telah ditanam di tengah hutan bagi tujuan perubatan dan menghalau makhluk halus yang merasuk.

Jalan pintas yang menghubungkan Taman Saga ke Taman Rhu adalah laluan yaang masih digunakan sehingga kini. Beberapa orang saksi telah mendakwa yang mereka pernah ternampak lembaga putih sedang terbang atau bertenggek di atas dahan pokok di sepanjang jalan tersebut.



En.Hirmin Osman
Salah seorang di antara mereka adalah En.Hirmin Osman, seorang ahli Skuad Rondaan Sukarela (SRS) Taman Selasih. Beliau tersua dengan lembaga putih itu sekitar jam 3.30 pagi semasa membuat rondaan pencegahan jenayah dan lembaga itu dilihat sedang terbang seiringan dengannya dalam anggaran jarak lapan meter sahaja.

Kata En.Hirmin, "Ketika itu, saya hanya mendiamkan diri dan terus menunggang motosikal sehingga tiba di Taman Rhu dan seterusnya menggunakan jalan lain untuk ke Taman Selasih. Apabila tiba di rumah, badan saya terasa panas seperti hendak demam. Saya memang nampak lembaga putih itu terbang dengan jelas"


Seorang lagi saksi yang ditemuramah adalah Mr.Ravindran Rao, seorang pekerja industri. Semasa beliau pulang lewat daripada tempat kerja, beliau terasa motosikal yang ditunggangnya agak berat, tetapi beliau terus menunggang tanpa sebarang prasangka buruk. Baginya, mungkin motosikalnya yang bermasalah.

Kemudian, dengan tiba-tiba motosikalnya terasa kembali ringan seperti biasa disertai dengan deruan angin dibelakangnya seperti sesuatu bergerak dengan pantas dari tempat duduk belakang. Beliau ternampak kelibat sesuatu sedang terbang ke atas dan terus mendongak.

Setelah diperhatikan dengan teliti, kelihatan satu lembaga putih di atas dahan pokok. Beliau tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terjatuh bersama motosikalnya kerana ketakutan.

Terang beliau, "Keanehan yang sering diperkatakan oleh penduduk setempat tentang lorong puaka itu memang benar-benar berlaku dan saya sendiri telah mengalaminya. Pada hari kejadian, saya balik lewat kerana bekerja lebih masa. Jika menggunakan jalan biasa, saya akan lebih lewat lagi tiba di rumah. Oleh itu, saya menggunakan lorong puaka tersebut sebagai jalan pintas"

"Selepas kemalangan itu, saya tidak sedarkan diri dan selepas itu baru saya bertanya kepada keluarga. Mereka menyatakan yang saya berkelakuan aneh seperti ketawa seorang diri dan makan dengan gelojoh. Mereka kemudiannya mendapatkan bantuan daripada pengamal perubatan tradisional India untuk memulihkan saya"

Artikel ini bertarikh 19 November 2010 

Sumber : http://kedah2u.com.my/angker/lorong-puaka-taman-selasih-kulim-kedah.html

Rumah Puaka


rumah puaka di taman peruda.

1. nak buat nombor begini ala-ala chedet. kali ni saya nak imbas lagi memori di sungai petani. entah kenapa, sampai sekarang saya masih teringatkan keseronokan tinggal di sungai petani, dan juga keseronokan berpraktikal.

2. ini sudut paling hangat dalam rumah sewa. oh yeah. depan cermin. bangun pagi lalu sini dan singgah belek-belek muka. lepas mandi lalu sini dan singgah belek-belek muka. masa bersiap nak pi sekolah pun, terpacak depan cermin ni. balik dari sekolah, tanggalkan tag nama dan selit di cermin ni juga. dah memang tabii perempuan suka melekap depan cermin macam ikan bandaraya.
3. rumah ini, kami gelarkan rumah puaka. ruang bertanah di halaman, penuh anak-anak pokok yang tumbuh tak minta izin. semua sepatu, selipar, kasut dan sandal, kami tak tinggalkan di luar rumah. tiga bijik motor jugak diusung masuk dalam rumah. bahaya, jiran kata.

4. malam hari, rumah sewa ni memang nampak seram. cuma cahaya lampu kelam dari dalam. ditambah pula dengan kekekan ketawa si rubi, seram jadi berganda. juga suara empat gadis bergaduh. mesti makcik pakcik sebelah menyebelah dah gugurkan nama kami dari senarai menantu. tapi kami bahagia dan gembira.
5. dua minggu pertama, tandas baik-baik sahaja. ada lampu. masuk minggu ketiga, lampu tandas rosak. maka keempat-empat gadis balik ke zaman 60-an. sebelum pergi tandas untuk berak, kena beramah-tamah dulu,

"weh torchlight mana? torchlight mana?"

itu solusi pertama. berak bersama lampu. solusi kedua, masuk tandas tak tutup pintu. kadang-kadang (kerap juga sebenarnya), bila ada seorang sedang menunaikan hajat di tandas, perlu waspada dengar bunyi tapak kaki rakan serumah. bila ada rakan yang hampir dengan bilik air dan tandas, perlu menjerit dari dalam,

"jangan mai. jangan mai. aku ada dalam"

untuk makluman, disebabkan sudut binaan tandas itu, walaupun siang hari, dalam tandas memang gelap gelita.


6. mencecah bulan kedua di rumah sewa puaka taman peruda ini, pili air di bilik air pula rosak. tak boleh tutup rapat. mau mandi, air perlu ditadah penuh kolah, kemudian orang terakhir mandi kena buat kerja lebih. pili air perlu diikat ketat dengan getah. supaya tak membazir bila air melimpah keluar kolah.


7. tambah ngeri dan geli, mungkin terbau-bau makanan dan haruman anak dara, ada tikus pula masuk ke rumah melalui lubang tandas. yuks! mula-mula hairan juga kenapa ada tikus main cak-cak dengan kami dari sinki dapur, kemudian bila dengar anak-anak dara menjerit takut, tikus tu lari ke tandas, kemudian hilang.

lama-lama baru kami perasan, tikus itu datang melalui lubang air tu. walaupun petang hari kami dah tutup lubang tu dengan penutup lubang, keesokkan pagi, mesti penutup tu dah beralih tempat. mau tak mau, kami kena tindih penutup lubang dengan baldi penuh air, supaya tikus tak boleh masuk ke rumah. walaupun takut kan tikus, tapi kami bahagia dan gembira.

8. kedudukan rumah adalah di simpang tiga. kerap kali juga ada kereta dan motor hon-hon, rasanya macam memanggil kami keluar, tapi bila dijengah, rupanya di rumah sebelah kiri, rumah sebelah kanan dan juga rumah depan. lama-lama, kami terbiasa dengan olok-olok bunyi kereta dan motor yang banyak lalu lalang depan rumah.

9. saya bawa meja makan, dan dua kerusi lipat ke rumah sewa.rubi dida bawa satu, rembat kerusi jahit emaknya. jadinya kami berempat ada satu meja makan, dan tiga kerusi. waktu makan malam dan makan nasi, tiada masalah, kami memang bersila depan tv. cumanya bila sarapan dan sahur, kami makan di meja. empat orang akan berebut tiga kerusi. bila seorang bangun dari kerusi, seorang yang terpaksa makan berdiri tu akan meluru duduk.

10. saja nak cukupkan sepuluh. apa yang puakanya? haha. tiada.


nota tumit : rumah sewa saya di taman bahtera tanjung malim ni, semuanya ada. tapi saya serba serbi tidak selesa. mungkin sedang kufur nikmat agaknya.

Lubuk Puaka Jelawat


SELASA, 9 FEBRUARI 2010

Kecundang di Lubuk Puaka

Ahad, 7 Februari sekali lagi mengunjungi Pot Puaka Jelawat sungai Cenderiang. Kunjungan kali ini disertai oleh Ustaz Dusuki dan En. Shahrol @ Mat Trolak. Kebetulan air agak naik. Di kotak minda, terbayang lenturan joran disentap jelawat.

Ustaz Dusuki sedang membaca mentera menjinakkan jelawat.
Awal-awal lagi Mat Trolak dah mendaratkan seekor jelawat.
Ustaz Dusuki juga berjaya menjinakkan 2 ekor lampam.
Jelawat yang berjaya dijinakkan.

Lampam yang berjaya didaratkan.
Akhirnya, saya yang kecundang di lubuk yang selama ini tidak pernah menghampakan....

Sumber : http://puakajoran.blogspot.com/2010/02/kecundang-di-lubuk-puaka.html

Lubuk Yu Di Maran


Enam penduduk maut terbabit mencari mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas di Hutan Lipur, Lubuk Yu di Maran, Pahang maut. Tujuh lagi sedang tenat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kata ia berpunca daripada jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah).

Namun, penduduk kampung pula mendakwa mereka melihat lembaga.

Mereka juga berkata, Lubuk Yu lubuk berpuaka dan sebahagian besar penduduk kampung memang menjauhkan diri daripada kawasan itu.

Mereka yang meninggal dunia dikenali sebagai Azizam Abdullah, 58, Timothy Hoo Seng Heng, 29, Lim Sin Lai, 55, Mohd Ali Abdullah, 60, Zakaria Ayub, 52, dan Zainal Abidin Ismail, 56.

Mangsa yang lemas, Mohd Azhar Azizam, 28, ditemui pada 30 Jun lepas.

Kesemua yang menjadi mangsa merupakan sebahagian daripada 83 anggota dan penduduk kampung yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat yang bermula 26 Jun hingga 30 Jun lalu.

Tiong Lai menasihatkan orang ramai tidak panik kerana bakteria itu tidak berjangkit.

Sains mengatakan ia kencing tikus, tetapi kepercayaan penduduk adalah amat berbeza sekali.

Mana yang menjadi kepercayaan anda pula?

Misteri Lubuk Yu


Misteri Lubuk Yu


MARAN - Enam penduduk kampung yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas di Hutan Lipur, Lubuk Yu, dekat sini dilapor meninggal dunia seorang demi seorang.Menurut sumber tempatan mereka mengaitkan peristiwa tersebut dengan gangguan makhluk halus yang marah kerana kawasan tersebut dijadikan port oleh golongan muda melepaskan nafsu.

Sumber kementerian pula melaporkan bahawa mereka meninggal akibat jangkitan bakteria leptospirosi. Ntah la, mana satu yang betul pun tak tau. Tapi bagi orang luar yang nak tau pasal Lubuk Yu, memang tempat tersebut merupakan "syurga" bagi remaja Jengka melepaskan nafsu. Ala-ala lubuh tupah la..di situ memang telah banyak nyawa melayang seorang demi seorang. Dikatakan juga lubuk itu berpuaka.

Wallahualam...